Wednesday 12 December 2012

TOPIK PERTAMA PENGENALAN ILMU TAJWID




         
"Sebaik-Baik Kamu Sekalian Adalah Orang Yang Belajar       
            Al-Qur'an Dan Mengajarkannya." (HR. Bukhari)

Pengenalan Ilmu Tajwid

Di bawah ini saya kemukakan asas ilmu tajwid. 

Pengertian tajwid menurut bahasa
"Memperelokkan sesuatu"

Matlamat ilmu tajwid: 


-Tartil bermaksud bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan dan memelihara segala hukum Tajwid serta merenung maknanya.

Menurut istilah ilmu tajwid ialah :

 Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat mendatangnya.

Hukumnya : 

Mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid ialah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah-kalimah al-Quran

 Masalah yang diperbincangkan : 

Mengenai kaedah-kaedah dan cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum di dalam al-quran.

Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar daripada Allah s.w.t.

Kelebihannya : Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkait dengan kitab Allah Al-Quran Al-Karim,berdasarkan sepotong hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”

Faedahnya : Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah  s.w.t di dunia dan di akhirat. 

Dalilnya : Dari kitab al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. 

Dalil dari al-Quran  surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud :
 "Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil”

-Makna tartil menurut saidina Ali ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti.

“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”.








0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates