"Sebaik-Baik Kamu Sekalian Adalah Orang Yang
Belajar
Al-Qur'an
Dan Mengajarkannya." (HR. Bukhari)
Pengenalan Ilmu Tajwid
Di bawah ini saya kemukakan asas ilmu tajwid.
Pengertian tajwid menurut bahasa : "Memperelokkan sesuatu"
Matlamat ilmu tajwid:
-Tartil bermaksud bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan dan memelihara segala hukum Tajwid serta merenung maknanya.
Menurut istilah ilmu tajwid ialah :
Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang
betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat
mendatangnya.
Hukumnya :
Mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah dan
mengamalkannya iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid ialah fardhu ain bagi
setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah-kalimah
al-Quran
Masalah yang diperbincangkan :
Mengenai kaedah-kaedah dan cara bacaannya secara
keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum di dalam al-quran.
Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat
al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang
sebenar daripada Allah s.w.t.
Kelebihannya : Ia adalah semulia-mulia ilmu
kerana ia langsung berkait dengan kitab Allah Al-Quran Al-Karim,berdasarkan
sepotong hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari
al-Quran dan mengajarkannya”
Faedahnya : Untuk mencapai kejayaan dan
kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t di dunia
dan di akhirat.
Dalilnya : Dari kitab al-Quran dan Hadith Rasulullah
s.a.w.
Dalil dari al-Quran surah Al-Muzammil ayat 4
yang bermaksud :
"Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil”
-Makna tartil menurut saidina Ali ialah
mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti.
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca
al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”.
0 comments:
Post a Comment